(VIDEO) “Hilang Selera Aku” – Ibu Selamba Tukar ‘Pampers’ Anak Atas Meja Makan Undang Kecaman Netizen

Entertainment
7 Jun 2022 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang wanita menukar lampin pakai buang anaknya di tempat awam telah mengundang kecaman netizen.

Menerusi video tersebut, dilihat wanita itu dengan selamba telah menukar pampers anaknya di atas meja makan di dalam sebuah restoran.

Malah, apa yang menjadi perhatian ramai adalah wanita itu turut menukarnya di hadapan suami dan anak lelakinya yang sedang menjamu makanan.

image is not available

Anak kecil ganti pampers diatas meja.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 46.6K tanda suka, dan 2.3K komen di aplikasi TikTok.

https://www.tiktok.com/@xiboba.saltedcaramel/video/7104995660239490330

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan wanita itu yang seolah-olah tidak tahu tentang kewujudan tandas.

Auto hilang selera makan. – Netizen.

Aku seorang ibu pun tak izin benda macam ni berlaku sebab kotor weh, pergi la dalam tandas ke apa ke.. tu kan tempat makan, meja makan tak sesuai tukar pampers,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

Demi 'Content', Ibu Sanggup Biarkan Anak Bergaduh Tarik Rambut Sampai Menangis