“Dikira Judi & Termasuk Dalam Dosa Besar” – Mufti Perlis Jelas Hukum Main ‘Claw Machine’

9 Jun 2022 • 2:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memaklumkan bahawa mesin permainan anak patung kanak-kanak (claw machine) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir).

Jelasnya, ini adalah kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.

Menurut laporan Kosmo, perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.

image is not available

la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

Malah, beliau turut menitip pesan agar umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar.

image is not available

Dalam pada itu, beliau berkata seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 11 jam lalu

"Baginda Sendiri Pernah Hadir.." - Sultan Selangor Titah JAIS Tak Perlu Sekat Festival Bon Odori