“Ini La Kereta Ayah” – Tinggal Kenangan, Hidayah Sebak Nampak Kereta Arwah Abam Atas Jalan

Cars
9 Jun 2022 • 4:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah meluahkan rasa sebak apabila dia mendakwa terlihat kereta yang pernah dinaiki bersama arwah dahulu di jalan raya, baru-baru ini.

Kata Hidayah dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikToknya, kereta jenis Toyota Vellfire itu penuh dengan kenangan kerana arwah suaminya membeli kenderaan itu ketika mereka masih bersama untuk keselesaan anak, Hamzah.

@hidayah_hamzah Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya image is not availableimage is not available#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar ini la kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.

Dalam pada itu, Hidayah turut memohon doa agar perniagaannya terus berjaya supaya mereka sekeluarga dapat hidup senang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut tumpang simpati dan mendoakan yang baik-baik kepada balu pelawak terkenal itu.

image is not available

Kredit: TikTok @hidayah_hamzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.