Buat Muka ‘Seringgit’ Depan Pesakit, Wanita Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Layanan Doktor

Health & Fitness
13 Jun 2022 • 1:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di TikTok semalam luahan seorang wanita yang tidak puas hati dengan layanan kurang memuaskan doktor ketika menerima rawatan di klinik kesihatan (KK).

Menerusi perkongsian itu, Sri Idrina berkata layanan yang diberikan doktor acuh tidak acuh seolah-olah dia datang hanya untuk mendapatkan sijil cuti sakit.

Katanya, dia berasa sakit di bahagian bahu serta leher selama berbulan-bulan menyebabkan dia mahu mendapatkan rawatan secara terperinci di klinik kerajaan.

Difahamkan dia sudah ke klinik swasta tetapi doktor hanya memberikan ubat tahan sakit yang mahal, masalah sakit bahunya tidak juga sembuh.

Wanita ini beranggapan jika ke klinik kerajaan kesakitan yang dihadapinya akan dirujuk kepada pakar dan rawatan sebetulnya diberikan. Namun sangkaannya meleset apabila doktor melayannya ‘nak tak nak’.

Di hantaran lain, wanita ini mengakui silap melabelkan semua doktor begitu, tetapi berdasarkan pengalaman kebanyakan doktor suka buat muka ‘seringgit’ depan pesakit.

Katanya lagi, baru cakap sikit doktor dah mula menulis preskripsi ubat menyebabkan dia berasa kecewa. Setakat ini perkongsiannya itu telah mendapat lebih 1.5juta tontonan di laman TikTok.

image is not available

Di ruangan komen, ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan ketidakpuasan hati wanita ini. Iyalah, masing-masing ada pengalaman tersendiri kan? Korang pula macam mana?

Kredit: TikTok Sri_Idrina

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.