Penyelewengan Dana Bantuan Pakej Ransangan Ekonomi Kedah Sedang Disiasat - SPRM

Politics
10 Jun 2022 • 8:01 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat satu kes melibatkan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi di Kedah.

Bercakap kepada Getaran, sumber memaklumkan, siasatan tersebut turut membabitkan seorang exco kerajaan negeri. 

Namun katanya, setakat ini exco berkenaan belum lagi dipanggil untuk memberi keterangan. 

"Difahamkan SPRM sudah 'masuk' (siasat) tetapi segalanya masih di peringkat awal. Kes disiasat itu didakwa berlaku pada 2020. 

"Exco berkenaan pun setakat ini masih belum dipanggil untuk memberi keterangan. Namun ada kemungkinan beliau akan dipanggil untuk berbuat demikian," katanya. 

Dalam pada itu Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Asmirul Anuar Aris dalam laman Facebooknya menyeru Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyatakan pendirian untuk tidak akan melindungi sebarang kesalahan yang mungkin dilakukan exco terlibat. 

Beliau turut meminta Muhammad Sanusi supaya menyatakan kesediaan untuk memberi ruang kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi menyiasat exco berkenaan. 

"Eloklah Menteri Besar sendiri menyahut seruan ini ketika rakyat Kedah hangat memperkatakan mengenai hal ini. Jadilah individu yang tidak hanya berani menuduh pihak lawan, malah berani menyatakan kebenaran kepada sesiapa saja. 

"Kita sama-sama tunggu episod seterusnya, siapakah exco yang dimaksudkan dan apa isunya," katanya. - Getaran, 10 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved