VIRAL! ‘Extension Plug’ Tiba-Tiba Meletup Waktu Nak Cucuk, Tangan Kanak-Kanak Melecur

3 Jun 2022 • 3:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kanak-kanak yang masih dalam proses untuk belajar banyak perkara memang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka.

Sebab itulah ibu bapa yang ada anak-anak kecil di rumah perlu sentiasa berhati-hati dan awasi setiap gerak geri kerana kadang kala mereka melakukan sesuatu yang membahayakan.

Tular di Facebook perkongsian seorang ibu dari Filipina baru-baru ini tentang kejadian malang yang menimpa anak perempuannya.

Kejadian itu berlaku pada Februari tahun lalu namun perkongsiannya mendapat perhatian dan tular semula di Facebook baru-baru ini.

image is not available

Menerusi ‘posting’ Athena Quintana Comboy menunjukkan keadaan tangan anaknya yang melecur akibat plug meletup.

Berdasarkan foto yang dikongsi, lima jari tangan kiri anaknya dilihat berwarna hitam dan juga ada gelembung di bahagian tapak tangannya.

Kata Athena, anaknya yang berusia 7 tahun itu sedang mencucuk plug pada extensions sebelum wayar sambungan tiba-tiba meletup di tangannya.

image is not available

Jelas Athena lagi, anaknya bernasib baik kerana tidak terkena renjatan arus elektrik namun tangannya dilaporkan melecur teruk.

Athena turut berpesan kepada semua ibu bapa untuk berhati-hati kerana kita tidak tahu bila kemalangan akan berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

“Pandai ‘Parents’ Ajar” - Tak ‘Geli’ Bergambar Dengan Pengutip Sampah, Kanak-Kanak Ini Raih Pujian Netizen