
Di tahun 2022 yang serba moden dan canggih ini, dapat kita lihat lahirnya ramai doktor gigi haram dan tidak diiktiraf yang semakin giat menyediakan perkhidmatan seperti memasang pendakap gigi kepada orang ramai.
BACA: (Video) Tular Rakaman Dashcam Kereta Menyelit Depan Lori, Siap Berhenti Tengah Jalan Ambil Gambar
Perkhidmatan yang mudah dan cepat serta lebih murah berbanding harga di klinik menyebabkan ramai orang memilih untuk melakukan perkhidmatan dengan mereka.
Namun, adakah perkhidmatan yang ditawarkan mereka ini selamat untuk digunapakai oleh penggunanya?
Gigi palsu pon ada yang tiruan
Tular di Twitter, satu ciapan dimuatnaik seorang doktor gigi bernama Dr Arif yang berkongsi pengalamannya bersama seorang pesakit yang menggunakan gigi palsu tiruan.
"Demi Jodoh, Aku Relakan"
— A J
Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.
Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal.
"Encik, gigi palsu ini buat di mana?" pic.twitter.com/Gq6Kn8vLfR(@ArepJawa) June 7, 2022
Menerusi ciapannya itu, pesakit yang berusia 52 tahun itu datang melakukan pemeriksaan dengannya selepas mengadu berasa sakit setiap kali dia mengunyah makanan.
Setelah diperiksa, Dr Arif amat terkejut melihat gigi palsu yang digunakan pesakit itu lantas bertanyakan beberapa soalan kepada pesakit berkenaan.

Difahamkan, pesakit berkenaan mendapatkan perkhidmatan membuat gigi palsu itu di sebuah hotel oleh seorang ‘doktor’ dengan harga RM500 sahaja.
Jelas pesakit itu lagi, dia melakukan gigi palsu tersebut sekitar dua tahun yang lalu kerana hendak berkahwin.
Saya pasang sejak 2 tahun lepas sebab nak berkahwin. Seganlah tiada gigi. Bila dapat tawaran murah begini saya sambar terus.
Mendengar jawapan pesakit itu, Dr Arif tidak mampu berkata apa-apa kerana kesemua gigi pesakit itu terpaksa dicabut akibat struktur gigi palsu tiruan itu yang tidak mempunyai kualiti untuk digunakan pesakit tersebut.
Hanya RM600 di hospital swasta
Perkongsian Dr Arif itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka seriau melihat perkongsian doktor gigi itu dan ada juga yang menyatakan bahawa harga yang dibayar pesakit itu tidak jauh beza dengan harga yang ditawarkan hospital swasta yang lebih diyakini kualitinya.





Selagi orang ramai tidak didedahkan dengan perkara ini, selagi itulah mereka yang bergelar ‘scammer’ ini akan terus berleluasa.
Kredit: Twitter ArepJawa
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Mengucap Panjang Saya Mendengarnya” – Lelaki Berumur Mengadu Sakit Gigi, Rupanya Gigi Palsu RM500 Merupakan Tiruan appeared first on Oh! Media.

