Gempa bumi sederhana landa Halmahera

2 Jun 2022 • 8:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Halmahera, Indonesia pada 6.55 pagi Khamis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis, gegaran berkenaan berlaku pada kedudukan 207 kilometer (km) selatan dari Tidore, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama