Dakwa Boleh Beli X50 Dengan Gaji RM2800, Pembantu Jualan Ini Teruk Dikecam Netizen

3 Jun 2022 • 10:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Setiap orang pasti mempunyai kereta idaman dan sudah pasti, kalian ingin memilikinya. Namun haruslah diingatkan supaya menyemak kemampuan bimbang ianya akan menggugat perbelanjaan harian pula.

Gaji RM2800 boleh beli X50

Baru-baru ini, tular satu ciapan yang dimuatnaik seorang pengguna bernama Luqman Yamin di Twitter.

Menerusi ciapannya, lelaki ini berkongsi beberapa gambar daripada content dibuat seorang pembantu jualan yang menjawab pertanyaan seorang pelanggan yang bertanyakan kenderaan apa yang boleh dibeli dengan gaji RM2800 sebulan.

Pembantu jualan itu menerusi akaun TikToknya, mengatakan bahawa individu tersebut boleh membeli sebuah kereta Proton X50 dengan gaji tersebut.

Luqman turut risau sekiranya individu yang bertanyakan itu akan membeli Proton X50 selepas dia berkongsi nilai bayaran bulanan yang diperuntukkan bagi individu tersebut pada setiap bulan adalah kurang lebih RM838.20.

image is not available

Menggugat orang bergaji rendah untuk membelinya

Ciapan yang dibuat Luqman Yamin itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka mengecam cara pembantu jualan itu mempromosikan kereta Proton X50 kerana ia akan menggugat serta menjerat mereka yang bergaji rendah untuk membelinya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Apa-apa pun dinasihatkan agar kita semua untuk berbijaklah dalam berbelanja, jangan sampai menyusahkan kita di kemudian hari.

Kredit: Twitter Luqman Yamin | TikTok raiscah.rosze

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article