MOSTI : Teknologi Nuklear Digunakan Dalam Penghasilan Benih Padi Berdaya Tahan Cuaca Ekstrem

WorldTechnologyDigitalSpace
10 Jun 2022 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Disamping pengenalan beca elektrik di Terengganu, pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga turut berkongsi berkaitan inovasi dan perkembangan dalam arena pertanian.

Dibawah Agensi Nuklear Malaysia, kajian melibatkan pembiakan baka mutasi padi telah dilakukan sejak 1980an. Teknologi nuklear digunakan dalam pertanian, yang membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran tanaman.

image is not available

Kaedah mutasi aruhan menggunakan sinaran gamma telah digunakan dalam menghasilkan pelbagai variasi baharu yang jauh lebih baik berbanding induknya.

Dibawah kajian ini, penghasilan benih Padi IS21 merupakan salah satu pencapaian terbaik. Ini kerana ia mempunyai ciri agronomi yang sangat diperlukan dalam industri padi.

Benih padi ini dilihat mempunyai daya tahan tinggi terhadap cuaca ekstrem masa kini, dan pada masa yang sama mempunyai daya rintang terhadap beberapa penyakit padi yang selalunya merugikan para pesawah padi.

Disamping daya tahan, benih padi ini juga boleh menghasilkan sehingga 10 tan sehektar mengikut kawasan penanaman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved