Telefon Pintar Jenama Baru Dan Lutsinar, Nothing Phone (1) Akan Lancar Pada 12 Julai Ini

Digital
9 Jun 2022 • 2:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini, kami melaporkan yang bekas pengasas OnePlus iaitu Carl Pei akan melancarkan telefon pintar jenama baru iaitu Nothing pada tahun ini yang diasaskan oleh Nothing Technologies.

Bukan tu jer, teaser bagi telefon pintar itu pun dah keluar dan menunjukkan yang ianya mungkin hadir dengan rekaan lutsinar sama seperti produk pertamanya iaitu Ear (1). 

Untuk pengetahuan, Nothing telah menjadualkan hari pelancaran Phone (1) pada 12 Julai ini yang akan diadakan secara langsung dari London.

Dengan trademark “RETURN TO INSTINCT”, Nothing Phone (1) akan didatangkan dengan rekabentuk yang minimalis dan sistem operasinya yang berasasakan Android iaitu Nothing OS.

Mesti ramai yang tak sabar nak tengok rupa sebenar Nothing Phone (1) kan? Sama-samalah kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.