Instagram Reels Kini Menyokong Perkongsian Sehingga 90 Saat

TechnologyDigital
3 Jun 2022 • 10:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Instagram kini mengemaskini sokongan Reels, membolehkan para pengguna berkongsi video sepanjang 90 saat pada Reels.

Dengan peningkatan ini, Instagram mengatakan orang ramai boleh berkongsi lebih banyak klip video, termasuk menawarkan kandungan lebih baik.

image is not available

Sebelum ini, perkongsian Instagram Reels dihadkan kepada sekitar 60 saat sahaja.

Dengan populariti Reels meningkat, selain fokus pihak Meta sendiri pada bahagian Reels, mungkin kita akan melihat tempoh had perkongsian ditingkatkan dari tahun ke tahun oleh Instagram.