Tindakan undang-undang menanti pemilik rumah ubai suai tanpa kelulusan

7 Jun 2022 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

NILAI - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik sebuah rumah di Taman Surian di sini yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, berkata, sebelum ini MBS telah mengeluarkan notis arahan dan sitaan di tapak binaan sebanyak tiga kali kepada pemilik bangunan bagi menghentikan kerja binaan dan merobohkan binaan tambahan terbabit.

"Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan MBS akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya ke atas kes ini kerana keingkaran pemilik mematuhi notis yang dikeluarkan.

"MBS memandang serius atas kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan ini," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.

image is not available

Tegasnya, sebarang kerja-kerja pengubahsuaian bangunan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada majlis terlebih dahulu.

Tambah Masri, ia bagi menjaga aspek keselamatan dan mengelakkan gangguan ketenteraman awam yang boleh mencetuskan sensitiviti penduduk yang berbilang kaum.

"Segala tindakan yang diambil adalah bertujuan bagi mensejahterakan keharmonian warga bandar raya.

"Sehubungan dengan itu, MBS memohon sebarang aduan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Majlis Bandaraya Seremban ataupun melalui Aplikasi Respon Rakyat," katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati rumah tersebut telah diambil tindakan tutup (sealed) oleh penguat kuasa MMBS.