iOS 16 sokong Pro Controller dan Joy-Con Nintendo secara natif

GamingDigital
7 Jun 2022 • 4:17 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple mengumumkan sistem operasi iOS 16 dalam acara WWDC 2022. Ada sejumlah benda baharu dikongsikan, namun tidaklah semuanya mendapat tempat sewaktu siaran livestream. Ada banyak lagi benda menarik yang menanti untuk ditemui pembangun aplikasi.

Salah satu daripadanya adalah sokongan pad kawalan Nintendo. Seorang pengguna Twitter ini memberitahu bahawa dia berjaya menyambungkan.

iOS 16 cukup bijak untuk mengenal pasti hanya sebelah Joy-Con sahaja dihubungkan dan menjadikannya sebuah Joy-Con lengkap bila kedua-duanya dihubungkan kepada sistem.

Ada seorang pengguna lain mengutarakan satu info yang menarik. Sebenarnya sokongan pad kawalan Nintendo dalam ekosistem Apple sudah ada sejak macOS 12 lagi. Tidak terhad kepada mengawal, butang kamera pada pad kawalan Nintendo juga berfungsi merakam klip permainan 15 saat sama seperti di konsol.

Buat anda yang sedang menggunakan iOS 16 versi Beta, anda boleh mencuba fungsi terbaharu ini bersama ciri-ciri menarik lain.

Bacaan berkaitan