“Siapa Nak S*ks?” – Ramai ‘Parents’ Tak Tahu Sebenarnya ‘Game’ Roblox Akan ‘Brainwash’ Otak Anak

Family & Parenting
3 Jun 2022 • 6:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, perkongsian seorang individu yang juga merupakan ‘parenting coach’ tentang permainan digemari kanak-kanak ketika ini mendapat perhatian ramai.

Menerusi ‘posting’ Mohd Fhais Salim di Facebook, dia mendedahkan bahawa ramai ibu bapa masih tidak tahu tentang bahaya ‘game’ Roblox.

Kebanyakan ibu bapa menganggap ia hanyalah permainan dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Namun, tahukah anda sesiapa sahaja boleh main ‘game’ Roblox ini? Bermakna anak-anak anda berinteraksi dengan sesiapa tidak kira umur dan jantina.

Tak mustahil pedofilia pun mencari mangsa dari sini.”

Menurut Fhais lagi, tiga benda yang berleluasa dalam Roblox ini adalah seks, buli dan keganasan.

Bukan itu saja, ia juga penuh dengan ‘adult content’ yang tidak terkawal.

Lebih menakutkan, ia turut mengajar anak tentang isu seksual dengan cara yang salah selain mereka juga akan belajar tentang perkataan seperti ‘crush’, ‘dating’, seks dan ‘private part’.

Pendek kata, otak anak-anak akan kena ‘brainwash’ hanya menerusi permainan Roblox ini.

Fhais sempat berpesan kepada ibu bapa di luar sana untuk tidak membiarkan anak bermain permainan ‘sampah’ seperti itu.

Sebagai ibu bapa, sememangnya lebih elok kita pantau aktiviti anak-anak apatah lagi zaman teknologi zaman kini membuatkan mereka terdedah dengan pelbagai perkara tidak elok kerana semuanya hanya di hujung jari.

image is not available 3 minggu lalu

"Kenapa Ajar Benda Bahaya Dekat Anak?" - Tular Video Budak 10 Tahun 'Drive' Kereta Ke Sekolah