Penunggang Motosikal Kena Maki, Guna Laluan TnG Dan Tunggu Palang Terbuka

8 Jun 2022 • 4:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular sebuah hantaran di Facebook semalam apabila seorang individu sempat merakam gelagat penunggang motosikal yang tersangkut di laluan tol Touch n Go.

Dua orang penunggang motosikal itu dilihat tidak dapat meneruskan perjalanan gara-gara dihalang palang tol berkenaan.

Dalam hantaran tersebut, seorang daripadanya ada membuat cubaan untuk melalui palang tersebut dengan merendahkan motosikalnya namun gagal.

Terperangkap dengan situasi tersebut, pemandu kereta di belakang dua orang penunggang motosikal itu terus membunyikan hon dan menyuruh mereka ke tepi namun digertak pula. Eh!

‘Mind-blown’ dengan tindakan tersebut, rata-rata netizen menerusi bahagian komen menganggap penunggang motosikal tersebut sebagai menyusahkan orang lain dengan sikap mementingkan diri mereka.

image is not available

Ada juga yang menganggap kedua-dua individu tersebut ingin mengelak daripada ditahan polis trafik yang mungkin menjalankan operasi di hadapan jalan.

Menyusahkan betul! Apa pandangan korang?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.