Oppo K10 5G Dilancarkan Dengan Dimensity 810, Kamera 48MP

TechnologyDigital
9 Jun 2022 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo K10 5G telah dilancarkan secara rasmi di India dengan spesifikasi kelas pertengahan. Antara perubahan ketara yang dilakukan pada peranti berbanding model terdahulu adalah sokongan cip pemprosesan, kamera dan skrin hadapan.

image is not available

Untuk lebih khusus, Oppo K10 5G dilengkapi skrin 6.56-inci LCD dengan panel hadapan sejenis bertakuk untuk peletakan kamera hadapan 8MP. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 810, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W.

image is not available

Kamera utama pula terdiri dengan 48MP + 2MP. Sementara itu, peranti turut dilengkapi beberapa ciri dan fungsi lain seperti menjalankan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12, bluetooth 5.1, sambungan 5G terbina dan sebagainya. Untuk harga, Oppo K10 5G dijual pada INR17,499 (~RM990) dengan beberapa pilihan warna seperti hitam dan biru.