IDC : Pasaran Telefon Pintar Malaysia Jatuh 28.8% Pada Suku Pertama 2022 Berbanding Tahun Lepas

TechnologyDigital
13 Jun 2022 • 12:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Melalui perkongsian terbaru IDC untuk pasaran Malaysia, mereka memperlihatkan pasaran telefon pintar ke Malaysia pada suku pertama 2022 merudum 28.8% berbanding tempoh sama pada 2021 lepas.

image is not available

Ia dikatakan salah satu sebab utamanya adalah disebabkan oleh cabaran untuk model berspesifikasi rendah pertengahan 4G, terutamanya oleh pengeluar China yang terkesan dengan impak di negara tersebut.

Disamping itu, peningkatan kos hidup di Malaysia pada awal 2022 turut memberikan kesan kepada bentuk pembelanjaan – dimana makanan diutamakan berbanding belanja untuk telefon pintar. Musim perayaan juga membuatkan lebih ramai berbelanja kepada pakaian berbanding peranti mudah-alih untuk tahun ini.

Secara keseluruhan untuk 2022, IDC menyasarkan pasaran telefon pintar Malaysia akan menurun sebanyak 5%.

Pelbagai jenama telefon pintar juga dikatakan masih tidak optimistik yang mana Malaysia akan melihat penggunaan 5G yang tinggi pada 2022 ini.