Zuraida Calon Presiden Dan Ketua Umum PBM

Politics
9 Jun 2022 • 3:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Larry Sng - Gambar fail

AMPANG - Datuk Zuraida Kamaruddin yang baru diterima sebagai ahli Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta merta telah dicalonkan sebagai presiden dan pemimpin parti.

Perkara tersebut telah diputuskan dan dipersetujui sebulat suara oleh biro politik dan majlis tertinggi parti, kata Presiden PBM, Larry Sng dalam satu sidang media hari ini.

Menurut beliau, Zuraida telah menerima mandat untuk memimpin PBM dan mengadakan rundingan dengan parti-parti lain bagi membentuk satu gabungan politik (political coalition).

Dalam sidang sama, Sng turut menyuarakan harapan PBM untuk melihat portfolio Zuraida sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dikekalkan, walaupun beliau telah meninggalkan BERSATU.

BERSATU sebelum ini dipetik sebagai berkata, portfolio Zuraida harus dikekalkan kerana kuota Jemaah Menteri itu telah dipersetujui sewaktu pembentukan Kabinet.

Tegas Sng, perkara ini harus menerima pertimbangan serius Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan mengambil kira prestasi Zuraida sebagai menteri berkenaan. - The Vibes, 9 Jun 2022