Maybank : Berhati-Hati Dengan Perisian Hasad Android Yang Mencuri Nombor TAC Perbankan

TechnologyDigital
2 Jun 2022 • 7:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank kini mengingatkan para pengguna, supaya berhati-hati dengan perisian hasad menyerang pengguna Android yang mencuri maklumat perbankan melalui telefon pintar.

Perisian hasad ini juga boleh melihat SMS yang dihantar ke telefon pengguna, termasuk mendapatkan nombor TAC, sekaligus melakukan transaksi dan memindahkan wang dari akaun pengguna.

Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak memasang sebarang fail APK pada telefon pintar mereka, yang bukan dari sumber rasmi. Anda juga diminta hanya memasang aplikasi perbankan daripada sumber rasmi melalui kedai aplikasi rasmi sahaja.

Untuk pengguna Maybank dan beberapa yang lain juga, anda boleh lebih berhati-hati dengan menggunakan ciri seperti SecureTAC pada telefon pintar untuk sebarang transaksi, yang tidak bergantung pada SMS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved