MPS anjur karnival galak orang ramai minat berkebun

13 Jun 2022 • 4:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) julung kali menganjurkan Karnival Garden 8 di Garden 8, Taman Perwira Gombak Sabtu lalu.

MPS berkata program itu anjuran bersama komuniti Kebun Komuniti Garden 8, Taman Perwira, Pusat Transformasi Komuniti Universiti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agrobank.

image is not available
Keadaan kebun di Garden 8, Taman Perwira Gombak. Foto Facebook MPS

Ketua komuniti Kebun Komuniti Garden 8, Iqmal Fajri Danial berkata karnival itu bertujuan menggalakkan penduduk setempat berkebun.

“Selain itu menggalakkan penduduk mengamalkan kehidupan lestari serta menyemai minat dan ilmu kepada kanak-kanak dan remaja dalam bidang pertanian” katanya menerusi Facebook MPS.

Turut diadakan pada karnival itu adalah demonstrasi masakan, ceramah pengurusan pertanian dan jualan hasil tanaman serta makanan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved