“Budak OOTD Buat Perangai” – Netizen Kecam Pengunjung Selamba Pijak Padi Demi Nak Bergambar

10 Jun 2022 • 1:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang kita tahu menjaga adab dan kelakuan ketika melancong ke sesebuah destinasi merupakan satu perkara penting yang perlu dijaga.

Namun, ada juga pelancong mahupun pengunjung yang tidak menjaga adab mereka ketika berkunjung di tempat-tempat tarikan.

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pelancong yang datang ke Sekinchan.

image is not available

Walaupun Sekinchan tempat tarikan pelancong tapi janganlah rosakkan padi orang lain.

Menerusi hantaran tersebut, dilihat pelancong yang datang telah memijak tanaman padi sehingga tanaman rosak semata-mata untuk mengambil gambar di tengah-tengah sawah padi.

image is not available

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelancong yang seolah-olah tidak menghargai langsung hasil usaha dan titik peluh petani yang sudah bersusah payah menanam padi tersebut.

Letak tabung derma padi rosak – Netizen.

Suruh owner buat platform untuk amik gambar cas rm1 sudah… owner tak sakit hati.. budak ootd boleh buat perangai,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

"Sumpah Scary" - Diekori Lelaki ‘Psycho’, Wanita Hamil Trauma Meskipun Berjalan Dengan Suami