Kinabalu Jaguar FC lakar kemenangan keempat berturut-turut

Football
13 Jun 2022 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kinabalu Jaguar FC (KJFC) menewaskan Imigresen FC 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua Kumpulan A saingan Liga M3 di Stadium Likas pada Sabtu lalu.

Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut mereka dalam liga itu sejak mereka seri 1-1 menentang Sains FC pada 14 Mei.

Pasukan tuan rumah memulakan perlawanan menentang lawan berpang-kalan di Negeri Sembilan itu, yang mereka tewaskan 2-1 pada Februari, secara agresif.

Mereka memberi tekanan kepada pasukan pelawat namun hanya pada minit ke-18 mereka akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila penalti dihadiahkan selepas Zulkifli Harun dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Kapten Jenius Karib yang mengambil sepakan itu tidak melakukan kesilapan menewaskan penjaga gol Imigresen FC, Muhammad Irfan Haikal untuk gol pertamanya buat kelab itu.

Mereka meneruskan dominasi pada babak kedua dan seorang lagi pemain veteran Sabri Sahar menggandakan kelebihan mereka dengan rembatan kencang dari luar kotak pada minit ke-63 untuk memastikan tiga mata.

Ketua jurulatih KJFC, Mohd Aiyyman Johny ketika dihubungi gembira pemain-pemain berjaya mengekalkan momentum kemenangan.

“Ia sentiasa baik untuk melihat pemain-pemain mengekalkan momentum mereka di laman sendiri.

“Saya sangat gembira dengan keputusan itu dan juga gembira dengan sikap pemain-pemain di atas padang.

“Mereka bekerja keras dan keazaman mereka untuk menang membolehkan kami meraih tiga mata berharga untuk mengekalkan kedudukan di tangga teratas,” katanya.

KJFC ketika ini mengungguli Kumpulan A dengan 25 mata daripada lapan kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Mereka seterusnya akan melayan kunjungan Tun Razak City FC pada Selasa (14 Jun) sebelum terbang ke Langkawi pada Khamis untuk berdepan FC Langkawi pada Sabtu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.