Rambut Dipotong Guru Disiplin, Ibu Minta Kembalikan Maruah Anak Sebagai Pengawas

7 Jun 2022 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial di mana seorang individu mempersoalkan tindakan guru sekolah menggunting rambut pelajar kerana dibiarkan panjang sebagai satu hukuman.

Individu itu mencadangkan tindakan yang boleh diambil guru seperti memanggil tukang gunting rambut ke sekolah dan ‘tradisi’ ‘menobek’ rambut murid perlu diubah.

Seorang ibu juga turut tampil meluahkan rasa kecewa apabila pihak sekolah menggunting rambut anak lelakinya dan wanita itu menjadi mangsa kecaman netizen.

Menurut ibu berkenaan, anaknya seorang murid yang berdisiplin, seorang pengawas, selalu menjadi imam dan pengacara majlis sekolah.

Oleh kerana hukuman gunting rambut dikenakan kepada anaknya, murid itu berubah perwatakan dan kemurungan.

Difahamkan, murid itu tidak pernah mengalami isu rambut panjang dan hanya rambut anaknya sahaja yang digunting membuatkan murid itu hilang semangat.

Selain itu, wanita berkenaan juga turut meminta guru yang terbabit mengembalikan ‘maruah’ anaknya sebagai pengawas yang dihormati.

Susulan isu tersebut, rata-rata netizen merasakan bahawa wanita itu perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anaknya dan perlu mengikut peraturan sekolah seperti kanak-kanak lain.

image is not availableimage is not available

image is not available 5 hari lalu

(VIDEO) "Ibunya Meninggal Kanser Lidah.." - Cikgu Buat Lawatan, Terkejut Tengok Keadaan Rumah Murid Tahun 1