Dah 2 Tahun Ali Puteh Tak Ada ‘Job’, Jimat Cermat Guna Duit Simpanan

2 Jun 2022 • 9:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nama pelawak Ali Puteh sering menjadi bualan hangat selepas terpalit dengan kontroversi melibatkan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.

Kemelut yang tercetus itu ternyata memberi kesan besar apabila dia tidak menerima banyak tawaran kerja dalam tempoh dua tahun sejak 2020.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ini terpaksa berjimat cerman dan bergantung kepada wang simpanan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga.

Kerja terbaru yang diterimanya adalah pada Ramadan lalu menjayakan program TV dengan bayaran sebanyak RM300 saja.

Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

Walaupun kena berjimat, kelengkapan mereka sekeluarga setakat ini masih mencukupi. Malah, dia terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 untuk memulakan perniagaan daging.

Sementara itu dalam laporan mStar, Ali berkata dia bersedia bersemuka dengan Nor Hidayah untuk menyelesaikan kemelut di antara mereka.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.