Kolumnis sains terbit buku sejarah manusia, laris di pesta buku

9 Jun 2022 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 JUN: Kolumnis Selangorkini menghasilkan buku baharu berjudul Genesis II: Sapien dan Neo Manusia yang dijual dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) antara 3 hingga 12 Jun.

Zamir Mohyedin, 29, berkata naskhah 375 halaman mengandungi lima bab utama berkisar kejadian manusia sejak 300,000 tahun lalu hingga masa depan 1,000 tahun akan datang.

Penyelidik kedoktoran di Universiti Teknologi Mara Shah Alam yang giat menulis sejak 2011 mengambil masa kira-kira setahun untuk menyiapkan buku kelapan tulisannya.

“Alhamdulillah, akhirnya buku ini berjaya dihasilkan biarpun sedikit kelam kabut kerana penerbit mahu terbitkan buku ini untuk PBAKL pada Februari lalu sebelum ditangguh kepada Jun,” katanya yang menulis perihal sains dalam Selangorkini.

Zamir juga menjelaskan sebanyak 500 daripada 2,000 naskhah Genesis II terjual setakat 7 Jun sejak buku dipromosi di reruai The Patriots pada hari kedua pesta berkenaan.

“Saya turut difahamkan karya ini berada nombor satu dalam carta jualan buku oleh penerbit. Mereka yang berminat boleh dapatkan di reruai berkenaan dengan harga RM25 senaskhah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved