Gempa bumi kuat landa Kepulauan Tonga, tiada ancaman terhadap Malaysia

5 Jun 2022 • 8:07 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Tonga pada 9.07 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran berlaku pada kedudukan 690 kilometer (km) Timur dari Laucala, Fiji dengan kedalaman 238 km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA