Surface Laptop Go 2 kini tak lagi gunakan eMMC untuk simpan data

Digital
2 Jun 2022 • 6:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Microsoft telah mengemas kini penawaran Laptop Surface mereka. Surface Laptop Go 2 adalah pewaris kepada Surface Laptop Go yang dilancarkan dalam tahun 2020. Laptop ini dalam hierarki produk Microsoft, terletak dalam kategori mampu milik walaupun harganya tidaklah semampu milik yang disangka.

image is not available

Bermula dengan fizikaliti, ia masih mengekalkan badan yang sedia ada seperti panel paparan 12.4" (1,536 x 1,024) peka sentuhan. Penawaran port I/O agak terhad. Anda dapat 1 USB-A, 1 USB-C dan jek audio 3.5mm sahaja.

image is not available

Beralih kepada bahagian naik taraf. Ada beberapa bahagian telah diperbaharui. Yang pertama adalah CPU telah ditukar kepada Core i5 generasi ke-11 daripada 10. Ia tidaklah cip terbaharu tapi lebih baik ada daripada tiada.

image is not available

Perubahan paling baik adalah storannya. Microsoft telah menyisihkan eMMC yang dah boleh diletakkan dalam muzium kepada jenis storan SSD yang lebih segar. Jadi, pengalaman komputer anda pastinya jauh lebih baik.

Di negara jiran kita, Singapura, Surface Laptop Go 2 ditawarkan dlam tiga konfigurasi. Berikut adalah senarai harga konfigurasi tersebut:

  • RAM 4GB + Storan 128GB SGD999 (RM3,190)
  • RAM 8GB + Storan 128GB SGD1,099 (RM3,509)
  • RAM 8GB + Storan 256GB SGD1,199 (RM3,828)

Pada paras harga tersebut, mana-mana laptop dalam senarai 5 terbaik saya nampaknya lebih praktikal dan tidak kurang juga paras portabilitinya.

Bacaan berkaitan