KDEB anjur program kitar semula bersama anak yatim

12 Jun 2022 • 1:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 JUN: KDEB Waste Management (KDEB) menyerahkan tiga tong kitar semula untuk kegunaan penghuni Asrama Damai Rumah Anak-Anak Yatim Kuang di Rawang.

Menurut KDEB sumbangan itu disampaikan pada 9 Jun lalu dan ia diharap memberi manfaat kepada pengurusan dan pelajar asrama berkenaan.

“Semoga dengan sumbangan tong ini dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan dan pelajar asrama ini untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat,” katanya di Facebook.

image is not available
Program kesedaran pengurusan sisa pepejal dan 3R bersama anak yatim di Asrama Damai Rumah Anak-Anak Yatim Kuang, Rawang pada 28 Mei 2022. Foto Facebook KDEB

Terdahulu pada 28 Mei lalu KDEB menganjurkan program kesedaran pengurusan sisa pepejal dan 3R bersama anak-anak yatim di asrama terbabit dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Antara aktiviti yang dijalankan pada program itu adalah penghasilan beberapa kraftangan tong kitar semula menggunakan bahan terpakai.

“Beberapa aktiviti berkaitan kitar semula telah dijalankan dengan jayanya termasuk taklimat 3R dan penghasilan beberapa kraftangan tong kitar semula menggunakan bahan-bahan terpakai,” katanya.