Jenazah tiga sekeluarga lemas selamat dikebumikan

11 Jun 2022 • 10:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA NERUS – Jenazah tiga bersaudara yang meninggal dunia kerana lemas ketika berkelah di kawasan air terjun Lata Changkah, Ulu Seladang di Setiu pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira jam 4.30 pagi Sabtu.

Jenazah dua beradik, Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 26, Syariatul Noor Safiqa, 24, dan sepupu mereka, Siti Aishah Mazalan, 19, disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Kampung Hilir Maras di sini.

Sebelum itu, jenazah tiga wanita tersebut tiba surau Kampung Hilir Maras kira-kira jam 2.30 pagi dan disembahyangkan.

Lebih 70 ahli keluarga mangsa dan penduduk kampung termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman hadir ke pengebumian tersebut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kegembiraan enam sekeluarga berkelah di kawasan air terjun Lata Changkah, Ulu Seladang di sini berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka meninggal dunia akibat lemas pada Jumaat.

Dua beradik dari Kampung Hilir Maras, Batu Rakit, dan sepupu dari Kampung Mengabang Telong itu berjaya ditemui pada jam 3.15 petang dan dihantar ke Hospital Setiu, namun disahkan meninggal dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved