“Lantaklah!” – ‘Salesman’ Pertikai Ramai Pembeli Tanya Kereta Dapat Bila Padahal Baru ‘Booking’

7 Jun 2022 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan dua orang pekerja daripada syarikat jenama kereta tempatan meluahkan rasa ‘penat’ apabila pelanggan sering bertanyakan soalan yang dianggap kurang munasabah.

Salesman berkenaan berkata pelanggan sering bertanya bilakah kereta akan tiba sedangkan baru saja membuat booking dengan jurujual berkenaan.

Namun begitu, luahan mereka itu tidak diterima baik oleh netizen yang merasakan soalan terbabit sememangnya harus ditanya jika seseorang ingin membeli kereta.

Netizen mempertikaikan tindakan mereka membuat video seperti itu, kerana merasakan jika tidak mahu pelanggan bertanya soalan sedemikian, maka mereka perlu memberitahu lebih awal tempoh pembeli harus menunggu.

Dalam pada itu, warganet juga kata pembeli ada hak untuk bertanya apa-apa soalan kerana itu merupakan duit mereka jadi penjual perlu melayan setiap soalan.

 

 

image is not available

Barangkali sedar diri mereka dikecam ramai pihak, video asal yang dimuat naik oleh penjual berkenaan telah pun di padam di platform TikTok berkenaan. Tetapi sempat di screenshot oleh pengguna dan dikongsikan semula di dalam Twitter untuk dibahas oleh orang ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 3 jam lalu

(VIDEO) "Puas Hati Tengok!" - Letak Kereta Sesuka Hati, Alphard Rosak Teruk Disagat Kenderaan Lain