(VIDEO) Punca Tak Bagi Nombor Telefon, Gadis Koyak Tisu Lutut Diterajang Lelaki Tak Dikenali

Entertainment
9 Jun 2022 • 4:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melampau dan ganas, seorang lelaki 40-an dilaporkan telah bertindak dengan menendang seorang gadis berusia 14 tahun gara-gara gagal mendapatkan nombor telefon.

Video yang tular di media sosial itu ternyata telah mencetuskan perasaan geram dalam kalangan netizen kerana lelaki itu dilihat telah menendang lutut gadis terbabit sehingga koyak tisu bahagian abdomen berkenaan.

Kakak kepada mangsa bernama Fiza yang dihubungi mStar Online memaklumkan adiknya, Nadrah melakukan kerja sambilan di sebuah restoran memandang sekarang adalah waktu cuti sekolah.

Ada seorang lelaki ini selalu datang dan kacau adik saya tengah kerja. Dia kerap minta nombor telefon dan ganggu tapi adik saya tak layan.

Dalam rakaman CCTV mula-mula dia maki adik saya dengan panggilan betina s*al. Nadrah tak boleh terima dan tengking semula, terus lelaki itu naik kaki lepas tu tendang adik saya.

Nadrah kemudiannya terus menelefon ibunya dan pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

image is not available

Sumber : Twitter  

Ibunya kemudian membawa mangsa ke hospital dan doktor mendapati tisu lutut Nadrah terkoyak akibat diterajang dengan kasar.

Menurut Fiza, lelaki yang menendang adiknya itu telah berjaya diberkas pada keesokan harinya.

Dia juga berharap agar perkara sama tidak berulang kepada sesiapa saja di luar sana dan berharap kaum wanita terutamanya dapat menjaga diri masing-masing dengan baik.

image is not available 1 hari lalu

"Kau Makan Apa Ni.." - Dakwa Ulat Sagu, Lelaki Sanggup Makan 'Larva' Kumbang Demi 'Content'