Polis Temukan Mayat Anak Gabenor Indonesia

10 Jun 2022 • 1:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Emmeril (kiri) dan bapanya, Ridwan - Gambar dari Instagram

JAKARTA - Polis Switzerland mengumumkan penemuan mayat anak lelaki sulung Gabenor Jawa Barat ,Ridwan Kamil, yang dilapor dihanyutkan arus sungai pada 26 Mei.

Mayat Emmeril Khan Mumtadz, 22, ditemukan dalam zon limpahan empangan Engehalde di Bern pada 6.50 pagi, 8 Jun.

Hasil bedah siasat mengesahkan identiti dan punca kematiannya lemas, kata Duta Besar Indonesia ke Switzerland, Muliaman D. Hadad dalam satu sidang media secara langsung.

Emmeril dipercayai dihanyutkan arus sungai secara tiba-tiba semasa berenang pada waktu pagi di Sungai Aare, manakala kakak dan rakannya diselamatkan oleh perenang lain.

Mayat Emmeril ditemui pihak berkuasa pada hari ke 12 usaha mencari dan menyelamat. Mangsa dikatakan berada di ibu negara Switzerland itu untuk mengikuti program ijazah sarjana. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved