Noor Neelofa Sekeluarga Bakal Berhijrah Ke Tanah Arab 

6 Jun 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendedahkan bahawa dia dan suami, Muhammad Haris Ismail atau PU Riz akan berhijrah ke tanah arab kerana suaminya ingin menyambung pelajaran.

Perkara itu didedahkan oleh penyandang gelaran Dewi Remaja 2011 ini sewaktu muncul dalam rancangan Nona di mana dia menjadi pengacara undangan di samping Amyra Rosli.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar. 

Pada masa yang sama, kami mahu dedahkan anak (Muhammad Bilal) pada persekitaran di sana. Dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Tambah bekas pengacara Nona ini lagi, dia pergi ke sana tidak lama, hanya sekitar setahun dua sahaja. 

Ditanya tentang impiannya yang masih belum terlaksana, kata Neelofa dia mahu menguasai bahasa Arab sepenuhnya. 

“Satu lagi impian saya adalah untuk mengajar Al-Quran. Walaupun suara saya tak adalah sedap mana baca Al-Quran. Tetapi saya sudah lama mempelajari Al-Quran dan kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat jadikan saham akhirat,” katanya.

Semoga segala impian Neelofa akan terlaksana dan segala urusan berhijrah ke tanah arab akan dipermudahkan. - Getaran, 6 Jun 2022

Gambar: Instagram



 

View Original Article