Sukan lasak berpotensi jadi tarikan pelancong di Sabah: Bung

4 Jun 2022 • 12:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sukan lasak berpotensi menjadi salah satu tarikan pelancong di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran perlumbaan Tenom Motocross Fun Race sempena sambutan Pesta Menuai di Tenom pada Ahad.

“Saya sangat kagum dengan usaha yang diambil oleh Kelab Motocross Tenom untuk menyewa tapak tersebut sebagai litar sementara untuk acara ini. Ia menunjukkan kesungguhan mereka mempromosikan sukan itu kepada golongan muda di daerah ini dan mencegah mereka daripada berlumba secara haram.

“Saya percaya jika litar itu ditambah baik dan dinaik taraf sudah pasti ia akan menaikkan nama Tenom sebagai destinasi kejohanan lumba motosikal lasak pada skala yang lebih besar dan menjadi lokasi utama sukan lasak di negeri ini dengan sokongan penuh daripada pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, sejumlah RM500,000 diperuntukkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk menambah baik litar itu sebagai persediaan untuk Perlumbaan Merdeka Terbuka Tenom yang dijadualkan pada Ogos.

Penaung Kelab Motocross Tenom, Jamawi Jaafar, berharap kerajaan dapat menyediakan litar khas untuk sukan lumba motor lasak, khususnya di daerah Tenom.

“Litar ini bukan sahaja dapat digunakan oleh peminat sukan lumba lasak dari dalam dan luar Sabah tetapi ia juga boleh menyediakan platform untuk negeri ini melahirkan bintang masa depan dalam sukan itu,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Tamin Zainal dan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.