Kes lucut hak: Rosmah tidak mahu tuntut rantai tangan berlian bernilai US$220,500

LocalPolitics
8 Jun 2022 • 12:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menarik balik tuntutannya terhadap rantai tangan emas putih bertatahkan berlian bernilai US$220,500 yang kini disimpan dalam bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Azamuddin Abd Aziz semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.

"Anak guam kami tidak mahu lagi meneruskan tuntutan terhadap item (rantai tangan emas putih) tersebut," kata peguam itu.

Peguam Datuk David Gurupatham, yang mewakili syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL turut mengesahkan bahawa isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak mahu menuntut rantai tangan tersebut.

Katanya dengan penarikan balik tuntutan oleh Rosmah, ia telah menjimatkan masa dan kos semua pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini.

Selain Rosmah, Global Royalty turut membuat tuntutan terhadap rantai tangan berkenaan.

Barang kemas itu adalah antara pelbagai barangan yang dirampas polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa ada kaitan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).