6 Aplikasi Harus Ada Dalam Telefon Pintar!

Cooking
8 Jun 2022 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Hari ini dengan kemajuan teknologi, membuatkan keperluan terhadap telefon pintar menjadi semakin penting dalam kehidupan kita.

Kepesatan teknologi telefon pintar ini menghasilkan pelbagai aplikasi yang tersedia di jaringan internet untuk memudahkan aktiviti harian anda.

Mari kita lihat enam jenis aplikasi yang harus ada dalam telefon pintar anda, seperti di bawah:

image is not available

#1 Pemakanan sihat

MyFitnessPal membantu anda memantau jumlah kalori yang anda ambil dan segera memberitahu anda, sama ada anda makan secara berlebihan atau berkurangan.

Aplikasi ini membolehkan anda mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai tabiat pemakanan anda, sama ada anda perlu mengubah diet atau tidak.

Ingat! Kesederhanaan dan disiplin diri ketika makan merupakan kunci utama dalam kecergasan!

image is not available

#2 Jadilah tukang masak

Adakah anda bosan menyediakan juadah yang sama? Gunakan aplikasi-aplikasi resipi ini untuk mencungkil bakat cef terpendam anda!

'Kuali', 'Resipi Makanan Malaysia' dan 'Seminit Resepi' menawarkan pelbagai menu yang pelbagai untuk memberi anda idea memasak sepanjang bulan ini.

image is not available

#3 Lapar? Pesan sahaja!

Cubalah pelbagai alternatif penghantaran makanan di Malaysia seperti GrabFood, Foodpanda, ShopeeFood, airasia food dan beep. 

Sebagai alternatif, anda turut boleh membuat pesanan menerusi aplikasi rasmi McDelivery, KFC Delivery, Pizza Hut Delivery atau Domino’s Pizza Delivery.

Namun, kos penghantaran mungkin sedikit mahal berbanding jika anda makan di restoran. Itulah harga ‘kemajuan’ yang perlu anda bayar! 

image is not available

#4 Aplikasi muslim serba boleh

Dengan lebih 120 juta muat turun, Muslim Pro ialah aplikasi gaya hidup untuk komuniti muslim global paling popular di pasaran. 

Aplikasi ini bukan sahaja menyediakan waktu solat yang tepat berdasarkan lokasi anda, malah ia turut merangkumi kompas kiblat, pengiraan zakat dan draf penjejak solat!

Selain itu, aplikasi ini turut mempunyai fungsi Khatam Quran yang membolehkan anda membaca ayat al-Quran dengan kumpulan bacaan yang ditetapkan oleh anda sendiri.

image is not available

#5 Kisah tauladan untuk kanak-kanak

Muslim Tales menceritakan tentang kisah-kisah menarik, budaya dan sejarah Islam. Ia juga menampilkan kisah-kisah yang diilhamkan daripada al-Quran.

Aplikasi ini memaparkan visual-visual menarik dengan watak-watak yang perbagai. Ia turut menawarkan permainan interaktif yang mendidik anak anda tentang nilai dan prisip Islam.

Muslim Tales boleh didapati dalam tujuh bahasa dan diceritakan oleh pelantun suara profesional.

image is not available

#6 Tidur yang berkualiti

SleepScore ialah aplikasi penjejakan tidur yang bagus dalam menilai kitaran tidur anda secara sihat. Aplikasi ini menjejak bila anda tertidur dan bila anda terbangun.

Yang penting, ia membantu anda untuk lebih memahami berapa lama tempoh anda tidur pada waktu malam. 

Aplikasi ini turut menggunakan sensor telefon pintar anda untuk memantau pergerakan dan tahap bunyi pada waktu malam untuk mengenal pasti kualiti tidur anda. - Getaran, 8 Jun 2022

Gambar: Aplikasi-aplikasi berkenaan