MacBook Pro 13″ M2: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
7 Jun 2022 • 11:39 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple telah menghidupkan kembali MacBook Pro dengan paparan Touch Bar. Berbanding dengan MacBook Pro sedia ada, ia bukanlah Pro seperti yang dijangka. Ia tidaklah diperkasa cip M1 Max tetapi cip M2, sama seperti MacBook Air M2.

image is not available

Harga jualan MacBook Pro 13" M2 di Malaysia

Tidak seperti MacBook Air, hanya ada satu varian M2 dipaterikan di atas papan utama iaitu yang ada 8 teras dan 10 teras GPU. Selain cip M2, dua lagi bahagian iaitu RAM dan storan boleh disuaikan mengikut bajet.

MacBook Pro 13" M2 varian termurah boleh didapatkan pada harga RM5,699. Pada harga sebegitu, anda beroleh laptop dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

image is not available

Sekiranya anda ingin mengubah suai RAM, anda ada pilihan sama ada 16GB (+RM800) ataupun 24GB (+RM1,600). Untuk konfigurasi storan, anda boleh naik ke 512GB (+RM800), 1TB (+RM1,600), ataupun 2TB (+RM3,200).

Varian paling mahal MacBook 13" M2 boleh didapatkan pada harga RM10,499.

Spesifikasi MacBook Pro 13" M2

MacBook Pro 13" M2 masih mengekalkan rekaan terdahulu tanpa sebarang perubahan. Ia cuma mengembalikan Touch Bar untuk yang memerlukannya. Tanpa Touch Bar, saya rasakan yang MacBook Pro ini tiada bezanya dengan MacBook Air.

image is not available

Berbanding Macbook Pro M1 (2020), varian M2 masih gunakan panel paparan yang sama iaitu panel 13.3" pada resolusi 2560 x 1600. Kecerahannya boleh mencapai 500 nits dengan cakupan keseluruhan gamut warna DCI-P3.

Atas papan utama, ia diperkasa cip M2 yang dikatakan membawa 18% lebih prestasi CPU dan 35% lebih prestasi GPU. Bagusnya MacBook Pro kali ini adalah Apple katakan yang konfigurasi RAM boleh mencapai paras maksimum 24GB berbanding 16GB pada generasi tahun 2020.

image is not available

Bahagian speaker turut ditambah baik. Masih mengekalkan konfigurasi spaker stereo, ia kini menyokong Apple Spatial Audio untuk pengalaman audio lebih baik. Di bahagian bateri, ia dielngkapi sistem bateri 58.2Whr dengan blok pengecas 67W disediakan di dalam kotak.

image is not available

Beralih kepada port I/O, anda terima jek audio 3.5mm bersama-sama dengan 2 USB-4.