Terima Lamaran Jadi Isteri Kedua Lepas Kenal 2 Minggu Di FB, Netizen Tanya Kenapa Kahwin Di Siam?

13 Jun 2022 • 10:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian seorang wanita bernama Natasya tentang kisah rumah tangganya bersama suami mendapat perhatian warganet.

Menerusi video dimuat naik olehnya di TikTok, wanita itu menceritakan bagaimana dia menerima lamaran menjadi isteri kedua lelaki berkenaan pada tahun 2016.

Jelas Natasya, dia hanya mengenali suaminya selama 2 minggu menerusi Facebook dan pada pertemuan kali ketiga lelaki tersebut melamarnya.

Selepas mendapat restu daripada kedua orang tua dan isteri pertama, Natasya menerima lamaran dan mereka pun bernikah di sempadan Siam.

Difahamkan, Natasya berasal dari Indonesia dan ketika ditanya mengapa perlu bernikah di Siam jika hubungan mereka direstui, dia menjelaskan bahawa prosedurnya lebih mudah.

Dek kerana dia dari negara seberang dan suami pula warganegara Malaysia, lebih mudah untuk mereka bernikah di Siam kerana hanya perlu tunjukkan pasport saja.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Natasya dan suaminya serta ada yang mendoakan keharmonian rumah tangganya.

image is not available

image is not available

Mereka juga mendoakan agar perkahwinan poligami itu kekal dan turut memuji keikhlasan madu Natasya menerimanya.

Difahamkan, selepas pernikahan berlangsung pasangan itu telah menguruskan dokumen perkahwinan untuk disahkan di Malaysia serta mendapatkan sijil nikah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

"Wanita Ahli Syurga.." - 5 Tahun Bermadu, Wanita Akui Poligami Itu Indah Buat Netizen Kagum