MPKL tawar potongan kompaun parkir sehingga 80 peratus

10 Jun 2022 • 4:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 JUN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menawarkan pengurangan kadar kompaun tempat letak kereta sehingga 80 peratus.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan tawaran itu sudah bermula sejak 9 September tahun lalu dan bakal berakhir 9 September ini.

“Rebutlah peluang ini untuk membayar kompaun tempat letak kereta yang tertunggak sebelum tindakan mahkamah dikenakan,” maklum MPKL.

Orang ramai boleh membuat semakan kompaun secara dalam talian atau aplikasi Smart Selangor Parking.

Bayaran boleh dibuat secara tunai, kredit atau debit di kaunter bayaran MPKL, Jompay dan secara dalam talian.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-3181 1809 atau layari laman sesawang www.mpkl.gov.my .

image is not available