“Dah Cuba Elak Tapi..” – Lakon Babak Dukung Scha Elinnea, Hisyam Hamid Digelar ‘Zul Ariffin 2.0’

2 Jun 2022 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kerana melakukan babak mendukung pelakon perempuan Scha Elinnea baru-baru ini dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan, pelakon Hisyam Hamid telah menjadi topik bualan orang ramai dan ada yang menyamakan dirinya dengan pelakon sensasi, Zul Ariffin.

Sedar sedang menjadi topik hangat orang ramai berbicara dalam media sosial, Hisyam mengambil langkah untuk tidak mengulas lebih lanjut kerana tidak mahu ada komen yang disalah tafsir oleh netizen.

Video yang ditularkan itu telah mendapat kecaman ramai dan ada yang berkata Hisyam merupakan Zul Ariffin 2.0.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Apabila membaca komen-komen seperti itu, pelakon lelaki terbabit mengambil ia sebagai perkara yang positif kerana netizen hanya mahu menegurnya menjadi lebih baik.

Tambahannya lagi, dia turut memberitahu sudah sedaya upaya untuk elak dari perkara seperti itu berlaku, namun kali ini tidak dapat dielak lagi.

Dalam pada dirinya dikecam kerana melakukan aksi ‘panas’ itu, Hisyam turut meluahkan rasa gembira kerana drama lakonannya kali ini mendapat sambutan yang baik daripada penonton dan menganggap ia satu kepuasan kerana penat lelahnya menjalani penggambaran drama terbabit.

image is not available 1 minggu lalu

“Bila Viral Saya Rasa Lawak” - Pelakon Wanita ‘Diangkat’ Zul Ariffin Tak Menyesal Berlakon Aksi ‘Panas’