Pembida projek kereta kabel Bukit Bendera diumum hujung tahun

1 Jun 2022 • 11:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang dijangka mengumumkan pembida yang berjaya untuk projek kereta kabel Bukit Bendera pada hujung tahun ini.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, proses penilaian sedang dilakukan untuk Permohonan Cadangan (RFP) yang telah dipanggil 13 Januari dan tutup pada 30 November tahun lepas.

"Hasil penilaian akan diangkat kepada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu berdasarkan Garis Panduan Projek Kerjasama Awam Swasta Negeri Pulau Pinang (2021). Tawaran kepada pembida yang berjaya dijangka dikeluarkan sebelum penghujung 2022," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Air Putih) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini pada Rabu.

Zairil menjelaskan bahawa projek itu merupakan projek secara ‘BuildFinance-Operate-Transfer’ (BFOT), maka semua kos pembinaan dan operasi adalah ditanggung oleh pihak pembida yang berjaya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan cadangan model perniagaan dan kewangan seperti melakukan projek-projek nilai tambahan agar pembida yang berjaya akan mendapat pulangan yang wajar dalam satu-satu tempoh.

"Kita akan memastikan projek ini dilakukan dengan jaya agar masyarakat setempat khususnya penduduk Pulau Pinang akan menerima manfaatnya," katanya.

Tahun lepas, kerajaan Pulau Pinang melalui Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengumumkan akan meneruskan projek kereta kabel Bukit Bendera melalui konsep kerjasama dengan pihak swasta susulan pembatalan peruntukan RM100 juta oleh kerajaan Persekutuan untuk membangunkan projek tersebut pada April 2020. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved