Dulu Jual Motor Nak Halalkan Isteri, Sekarang Dapat RXZ Sebagai Kejutan!

2 Jun 2022 • 10:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rxz

Perempuan kalau dilayan seperti permaisuri, sudah pasti akan dibalas layanan suaminya itu seperti raja. Baru-baru ni tular di media sosial, sebuah video yang memaparkan seorang isteri hadiahkan sebuah motosikal RXZ sebagai kejutan buat suaminya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Tiktok Ajakromeo, wanita tersebut telah membeli motosikal impian suaminya itu sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka.

Sebelum menjadi suami isteri, lelaki tersebut dikatakan sanggup menjual motosikal lamanya demi mengikat dan menghalalkan wanita yang dicintainya itu sebab tak cukup duit.

Perempuan kalau dah sayang, mestilah nak bagi yang terbaik buat suami kan? Jadi, wanita tersebut telah membeli motosikal RXZ itu daripada Ajakromeo untuk diberi kejutan buat suaminya.

Bila sampai je rumah, si isteri buka pintu rumah dan suaminya nampak sangat gembira bila tengok RXZ terpacak depan pintu. Alhamdulillah, gembira tengok pasangan suami isteri ni!

Tindakan wanita itu telah membuatkan netizen terharu kerana dia sanggup menghadiahkan motosikal impian suaminya.

Ada juga yang berkongsi pengalaman masa zaman dulu kena tinggal walaupun dah korbankan harta benda untuk kekasih, haha nasib badan lah ye.

Lelaki minat motor romantik

image is not available

Kena tinggal jual motor

image is not available
image is not available

Isteri belum mampu

image is not available

Kredit: Ajakromeo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

The post Dulu Jual Motor Nak Halalkan Isteri, Sekarang Dapat RXZ Sebagai Kejutan! appeared first on Oh! Media.