“Redha Susah Nak Jumpa Balik”- Wanita Ingat Tersalah Parkir, Rupa-Rupanya Kereta Kena Curi

Cars
7 Jun 2022 • 5:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kenderaan yang terbiar memang selalunya akan menjadi perhatian penjenayah kerana mudah untuk dilarikan tanpa menimbulkan sebarang perhatian.

Itulah yang terjadi kepada Iffa, apabila kereta Perodua Axia kepunyaannya dicuri selepas diparkir di tepi jalan berhampiran kondominium keluarganya.

Memetik laporan mStar, wanita itu meletakkan keretanya di luar memandangkan parkir di kediamannya sudah penuh.

Difahamkan, pada Sabtu 4 Jun lalu, ahli keluarganya semua balik awal dan sekitar pukul 11 pagi semasa dia turun untuk pergi bekerja, kereta yang diletakkan tidak ada di tempat yang sepatutnya.

Pada awalnya, Iffa menyangka bahawa dia terlupa lokasi keretanya diletakkan dan berjalan sepanjang tepi jalan kondominium namun kenderaan tersebut gagal ditemui.

Susulan kejadian itu, dia terus pergi ke balai polis bagi membuat laporan polis dengan ditemani rakannya dan turut menghebahkan kejadian itu di sosial media Twitter.

Iffa juga berkata bahawa dia sangat sedih dengan kehilangan kereta berkenaan kerana kenderaan itu berbakti kira-kira lima tahun dan merupakan kereta pertamanya.

View Original Article