Amazfit Bip 3 Hadir Dengan Skrin Besar Dan Bateri Mencapai 2 Minggu

TechnologyDigital
7 Jun 2022 • 1:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Amazfit merupakan antara jenama yang terkenal dengan peranti boleh-pakai yang memfokuskan terhadap kesihatan dan kecergasan pengguna. Selain padat dengan ciri dan fungsi menarik, ia juga boleh dimiliki pada harga jualan yang mampu milik.

image is not available

Terbaru, Amazfit Bip 3 telah diperkenalkan sekaligus menjadi penawaran terkini daripada jenama berkenaan. Ia hadir dengan skrin sentuh sebesar 1.69-inci TFT LCD yang mana 15% lebih lebar berbanding Amazfit Bip U dan Bip U Pro.

Ini sekaligus membolehkan pengguna melihat lebih banyak pemberitahuan, data dan sebagainya dengan lebih jelas. Selain itu, ia turut memuatkan lebih 50 muka jam terbina dengan pilihan yang boleh disesuaikan menerusi aplikasi Zepp.

image is not available

Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor menjejak kesihatan terbina yang baik. Ini termasuklah pemantauan kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, kitaran haid wanita dan sebagainya.

Seterusnya, lebih 60 mod sukan terbina yang disertakan bagi memudahkan penggunaan pengguna. Bateri 280mAh yang digunakan pula mampu bertahan mencapai dua minggu dengan penggunaan biasa.

image is not available

Ia turut mempunyai penarafan kalis air 5 ATM dan sokongan pemberitahuan pintar untuk kawalan media, panggilan masuk, kawalan kamera dan lain-lain. Terdapat beberapa pilihan warna seperti hitam, merah jambu dan biru yang disediakan dengan harga BRL279 (~RM256) untuk seutas.

Buat masa ini, belum ada sebarang maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran tempatan.