Telegram Premium Dilihat Berharga $4.99 Sebulan – Bebas Iklan, Perkongsian Fail 4GB, Dan Lain-Lain

TechnologyDigital
8 Jun 2022 • 10:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telegram kini dilihat telah menyertakan ciri Telegram Premium pada aplikasi pembangunan Telegram Beta – sekaligus memperlihatkan harga langganan bulanan, dan juga ciri-ciri yang akan ditawarkan.

Melalui harga yang dipaparkan, ia menunjukkan $4.99 sebulan, yang akan memberikan sejumlah ciri-ciri kepada pengguna. Untuk makluman, harga ini masih tidak rasmi dan adalah berdasarkan kepada apa dipaparkan pada versi pembangunan aplikasi tersebut.

image is not available

Menariknya, Telegram Premium dilihat membawakan sejumlah ciri-ciri menarik. Yang utama adalah ia menambah had kepada 2 kali ganda untuk pelbagai ciri – berbanding pengguna akaun percuma, seperti perkongsian fail sehingga 4GB, disamping kandungan berbentuk reaksi dan Sticker Premium.

image is not available

Pada masa yang sama, Telegram Premium juga dilihat akan menawarkan ciri seperti sokongan suara ke teks, gambar profil beranimasi, dan juga pilihan ikon aplikasi premium.

image is not available

Buat masa ini, info ini telah mula dikongsikan melalui aplikasi Telegram Beta. Namun, ia masih belum diaktifkan lagi.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan Telegram Premium tidak lama lagi.