“Ada Sesiapa Nak?” – Lelaki Akui Guna Anak Angkat Sebagai ‘Pancing’ Rezeki Zuriat Sendiri

Family & Parenting
7 Jun 2022 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rezeki untuk mendapat zuriat bukan semua pasangan dapat alaminya. Kebarangkalian untuk pasangan mengambil anak angkat setelah penat mencuba sememangnya tinggi.

Seperti pasangan suami isteri di TikTok ini, mereka telah mengambil seorang kanak-kanak perempuan sebagai anak angkat dan setelah dijaga dengan baik, mereka telah mendapat rezeki untuk miliki zuriat sendiri sebanyak dua orang.

Namun, satu video yang dimuat naik oleh si suami telah menarik perhatian ramai kerana dia telah menawarkan kepada orang ramai untuk adopsi anak angkat perempuannya itu.

Dalam pada masa yang sama, dia memberitahu niatnya menjaga anak angkatnya itu hanya sebagai ‘pancingan’ untuknya mendapat zuriat dari benih sendiri.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih serta kecewa dengan perangai lelaki terbabit kerana mengambil kesempatan terhadap anak angkatnya.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, netizen turut berbesar hati untuk menjaga anak kecil tersebut daripada dia perlu hidup dengan orang tua yang tidak tahu menghargai kedatangannya sebagai pembawa rezeki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Sulit Bersebab.."- Individu Dakwa Prosedur Nikah Di Malaysia 'Menyusahkan', Betul Atau Tidak?