TweetDeck Untuk Mac Akan Dibuang Pada 1 Julai 2022

TechnologyDigital
1 Jun 2022 • 10:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Twitter mempunyai penawaran TweetDeck yang memudahkan anda mengikuti pelbagai akaun Twitter dan juga sesuatu senarai dalam kaedah yang efisien. TweetDeck juga ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk para pengguna – termasuk pada Mac.

Apa pun, kini ia dilihat Twitter sedang menstruktur kembali, dan kini memaparkan mesej pada aplikasi TweetDeck untuk Mac – mengatakan aplikasi berkenaan akan dibuang pada 1 Julai 2022 kelak.

Melalui notis yang dipaparkan kepada semua pengguna TweetDeck pada Mac, Twitter mengalakkan pengguna menggunnakan TweetDeck pada versi web.

image is not available

Ia tidak diketahui sama ada ia akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada TweetDeck, dimana ia turut ditamatkan pada suatu masa atau sebaliknya. Sebelum ini, desas-desus hadir mengatakan TweetDeck akan ditawarkan dalam bentuk langganan berbayar tidak lama lagi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan Twitter dan TweetDeck ini. Bagi anda yang menggunakan TweetDeck pada Mac, boleh menggunakan alternatif melalui web bermula 1 Julai 2022 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved