Wanita maut kereta dipandu rempuh lori

2 Jun 2022 • 9:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PETALING JAYA - Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 9.6 Lebuhraya Damansara Puchong di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.20 tengah malam.

"Siasatan dijalankan mendapati lori berkenaan diletakkan di lorong kanan jalan dipercayai untuk kerja-kerja pembaikan jalan sebelum dirempuh di bahagian belakang oleh sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu mangsa.

"Mangsa yang berumur 22 tahun disahkan maut di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Inspektor L Navalan di talian 014-2536820 untuk membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved