
Kenaikan harga barang telah memberi kesan yang amat besar kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.
Dengan kenaikan ini, ia juga mengakibatkan peningkatan kos sara hidup yang sememangnya sudah sukar sebelum ini akibat daripada pandemik Covid-19.
Namun, di sebalik kesukaran yang dihadapi, masih ramai lagi masyarakat yang prihatin dan sentiasa berterusan dalam menghulurkan bantuan sama ada dari segi kewangan, peralatan dan makanan.
Itulah yang diamalkan oleh sebuah gerai nasi lemak berlauk Kak Chah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor yang telah tular di laman media sosial baru-baru ini.
Menurut perkongsian daripada Zarina Mat Som, terdapat satu kenyataan pada salah satu gerai di kafe itu yang telah menarik perhatiannya.
“Adik-adik pelajar, kalau tidak ada langsung duit jangan tahan lapar. Datang sini bagitahu, saya belanja.
“Saya pun pernah jadi pelajar. Jangan malu,” jelas kenyataan itu.
Sifat prihatin pemilik kafe tersebut turut mendapat perhatian pengguna laman media sosial yang memuji tindakan tersebut.
Dalam pada itu, pengunjung yang datang ke kafe tersebut juga disarankan untuk turut bersama-sama membantu dengan bersedekah.
Kisah sebegini perlu dijadikan teladan kepada semua masyarakat tidak kira agama, bangsa dan budaya dalam menerapkan sifat prihatin terhadap golongan yang memerlukan.
Artikel berkaitan
The post “Kalau tidak ada duit jangan tahan lapar, datang sini bagitahu saya” appeared first on Sinar Bestari.

![Demi Nasi Goreng, Wanita Sanggup Bagi Minyak Masak Lepas Kedai Bagitahu Kena Tutup Sebab Minyak Habis [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)